Cara Meningkatkan Kasih Sayang Suami Isteri | Tips Mengeratkan Kasih Sayang Suami Isteri Part 1


Dalam kehidupan berumahtangga ini, kasih sayang suami isteri akan menyumbang kepada kebahagiaan dalam dalam rumahtangga. Suami isteri yang hidup dalam kasih sayang akan dapat hidup dengan aman, tenang dan bahagia. Anak-anak akan mendapat perhatian sewajarnya apabila ibu bapa nya mempunyai sifat kasih sayangKasih sayang suami isteri boleh dipupuk dan dibentuk oleh sesiapa sahaja yang menginginkannya..
Bagi mengeratkan kasih sayang suami isteri, baik suami atau isteri harus kreatif hari demi hari dalam meningkatkan hubungan. Suami dan isteri harus fokus untuk mencapaimatlamat kasih sayang suami isteri. Dengan kasih sayang suami isteri menjanjikan kehidupan aman di dunia dan akhirat. Kasih sayang suami isteri, merupakan salah satu perkara yang membolehkan berkat dan rahmat Allah kepada keluarga kita…  :lol:

Selepas beberapa tahun berkahwin, hati mulai terasa bosan dengan pasangan. Mengapa hal ini boleh terjadi? Pupuklah kembali rasa kasih sayang itu agar kehangatannya seperti anda baru berkahwin. Buntu memikirkan caranya? Baca dan telitilah 90 cara yang tertera di bawah:-
1. Tunggu suami di pintu
Suatu perkara yang disenangi oleh pihak suami ketika dia pulang kerja ialah isteri bersedia dengan muka yang manis di hadapan muka pintu. Tentu hilang segala keletihan yang ditanggung oleh suami di tempat kerja apabila melihat senyuman manis isteri. Apatah lagi, si isteri menyediakan segelas air untuk melepaskan dahaga. Tentu cik abang tambah sayang!



2. Pasang VCD cerita filem pertama yang anda tonton semasa ‘date’ pertama dan sajikan makanan enak
Masihkan anda ingat lagi waktu anda pertama kali keluar dengan si dia? Amboi! Waktu itu semua dirasakan indah belaka. Harap anda masih ingat lagi cerita filem yang anda berdua tonton sewaktu pertama kali keluar berdua. Hah! Apa lagi, pinjam semula cerita itu dari mana-mana kedai dan tontonlah semula. Suami atau isteri anda pasti tersenyum dan faham maksud anda. Tambah merancakkan lagi, hidanglah makanan yang enak-enak ketika menonton.
3. Ikut bermain mainan kegemarannya walaupun anda tak suka
Kegemaran suami mungkin bukan kegemaran anda. Begitu juga suami yang tidak menggemari hobi isteri seperti memasak atau berkebun. Apapun, isteri contohnya bolehlah cuba berjinak-jinak dengan kegemaran suami yang suka bermain badminton. Jika anda tidak pandai bermain badminton cukuplah sekadar menjadi penonton ketika dia bermain dengan rakan-rakannya. Tambah manis jika anda membantunya mengelap peluh atau sekurang-kurangnya menuang air untuknya.
4. Nyanyikan lagu kegemaran anda berdua sewaktu dalam perjalanan
Masa asyik bercinta dulu, pasti anda berdua ada meminati lagu-lagu tertentu. Lagu ‘My Heart Will Go On’ contohnya menjadi kegilaan pasangan yang begitu asyik bercinta sedikit masa dahulu. Atau setidak-tidaknya mungkin lagu daripada penyanyi tempatan seperti ‘Dua Insan Bercinta’ nyanyian Ella boleh dijadikan tema percintaan anda berdua. Apa kata, setelah masuk tahun kelima anda berumahtangga ini, nyanyikan semula lagu-lagu tersebut ketika anda berdua-duaan. Pasti suasana menjadi syahdu sekali.
5. Baiki bajunya yang koyak dan kemaskan almarinya
Sekali-sekala, beleklah baju-baju lama suami dan jahitlah mana-mana baju atau kainnya yang koyak. Selain itu anda boleh mengemas almari bajunya supaya kelihatan kemas dan sedap mata memandang.